Saturday, June 25, 2022

Jadi MKT PBB, Awla ikrar terus bawa pembangunan untuk Simunjan

Secara Rawak

KUCHING: ADUN Simunjan, Awla Dris berikrar membawa lebih banyak pembangunan di kawasan beliau selepas dipilih sebagai salah seorang daripada 16 ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB Sayap Bumiputera 2022-2025.

Awla mengucapkan terima kasih kepada yang memberi kepercayaan terhadap beliau dan berharap suaranya didengar dalam MKT untuk apa-apa sahaja pembangunan terutama untuk kawasan Simunjan.

Ditemui selepas majlis penangguhan Perhimpunan Agung PBB Ke-15 di BCCK, Awla yang mendapat 798 undi menyifatkan pemilihan MKT kali ini mendapat sambutan menggalakkan, selain terbukti PBB menitikberatkan amalan demokrasi.

Sementara itu, 15 lagi ahli MT PBB Sayap Bumiputera ialah ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, ADUN Saribas Mohammad Razi Sitam, ADUN Semop Datuk Abdullah Saidol, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman, ADUN Daro Shafiee Ahmad, ADUN Beting Maro Razaili Gapor, Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab, ADUN Jemoreng Dato Dr Juanda Jaya, ADUN Kalaka Mohamad Duri, Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa, Dato Haidar Khan Asghar Khan, Mohammed Kamaluddin Mohamad Effendie, Mohamad Sardon Zainal dan Syed Hamzah Wan Hamid Adruce.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru