Sunday, June 26, 2022

Harga siling ayam, subsidi minyak masak botol dihentikan – Alexander

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Bermula 1 Julai ini, kerajaan tidak lagi mengenakan kawalan harga siling bagi ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol 2, 3 dan 5 kilogram.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan pada sidang media di Putrajaya berkata, langkah itu dilaksana memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil.

Menurut beliau, harga ayam diapungkan dan tertakluk kepada kuasa pasaran.

Sementara, beliau menambah, golongan memerlukan akan dibantu dengan bantuan wang tunai bersasar dan maklumat lanjut berkaitan bantuan wang bersasar tersebut akan dibuat Kementerian Kewangan.

Ketika ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada harga RM9.90 sekilogram.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi memberi subsidi kepada penternak ayam.

Bagaimanapun, Alexandra memaklumkan, subsidi minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kilogram berharga RM2.50 sebungkus diteruskan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru