Tuesday, August 16, 2022

Dividen KWSP diramal rendah tahun ini?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi menjangkakan kadar dividen diagihkan KWSP pada 2022 akan lebih rendah berikutan berlaku penurunan dalam pasaran di seluruh dunia.

KWSP mengumumkan jumlah pendapatan pelaburannya merosot kepada RM15.85 bilion pada suku pertama 2022 berbanding RM19.29 bilion pada suku pertama 2021.

Profesor Ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng bercakap kepada Bernama mengatakan kadar dividen KWSP dijangka jatuh seiring pendapatan pelaburan yang lebih rendah.

Tahun lepas, KWSP mengumumkan kadar dividen 6.10 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.65 peratus bagi simpanan Syariah.

Konflik Rusia-Ukraine, inflasi, kemelesetan serta peningkatan kadar faedah menjadi faktor pertumbuhan ekonomi global terencat.

Sehingga akhir Disember tahun lepas, pendapatan pelaburan KWSP meningkat
6 peratus kepada RM67.06 bilion berbanding RM63.45 bilion pada 2020.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru