SINGAPURA: Sebuah video menunjukkan dua pengunjung pasar raya terjatuh selepas dilanggar troli beli-belah.
Insiden ini berlaku di sebuah pasar raya Sheng Siong di Singapura dan rakaman CCTV kejadian ini dimuat naik di Twitter milik Mothership.sg@MothershipSG.
Seorang wanita kelihatan berjalan di travelator.
Seketika kemudian troli itu bergerak ke arah belakangnya dan melanggar bahagian kanan badan wanita terbabit menyebabkan dia terjatuh.
Salah seorang pekerja berlari mahu menghentikan troli, tetapi troli itu terlanggar seorang lagi pelanggan.
Menurut Reddit, netizen media sosial memberi pelbagai komen berkaitan insiden ini, antaranya mengecam pekerja kerana tidak mengambil kira keselamatan pelanggan.
Trolley rolls down Sheng Siong supermarket travelator hitting at least 2 people from behind https://t.co/i5IDd9JnHf pic.twitter.com/tDQjL87xXv
— Mothership.sg (@MothershipSG) April 20, 2022