Wednesday, June 29, 2022

Burung bina sarang di rambut wanita 84 hari

Secara Rawak

Seorang wanita dilaporkan membiarkan seekor burung membina sarang di rambutnya selama 84 hari.

Dia memberitahu burung pipit itu ditinggalkan sekumpulan kawanannya, lapor TimesNowNews.

Kisah Hannah Bourne-Taylor tular di media sosial selepas wanita itu mendedahkan bagaimana pipit membina sarang di rambutnya hampir tiga bulan itu.

Dia berkongsi foto burung di dalam sarang kecil yang dibina di antara rambut dan tulang selangkanya.

Hannah berkata, dia mula belajar spesies pelbagai burung selepas tidak dapat mencari kerja kerana beberapa masalah visa pada 2013.

Dia belajar banyak tentang burung dan rutin mereka selepas menghabiskan banyak masa di luar rumah, katanya semasa di temu ramah The Guardian .

Hannah memberitahu dia menyelamatkan pipit tersebut selepas insiden ‘ribut teruk’ pada 2018 apabila burung itu ditinggalkan oleh kawanannya kerana sarang mereka ditiup angin dari pokok mangga.

Ketika di temui, mata burung itu tertutup rapat dan ia menggigil serta usianya terlalu muda untuk bertahan sendirian.

Hannah mengambilnya, meletaknya di dalam kotak kadbod dan menjaganya sepanjang malam.

Selepas itu dia belajar cara menjaganya dengan betul.

“Sehingga kini, saya ibunya dan kami tidak boleh dipisahkan,” tambahnya.

“Sejak menjaganya saya belajar bagaimana hidup pada masa kini dan ia telah mengubah saya selama-lamanya.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru