Wednesday, June 29, 2022

Anak trangender putuskan hubungan dengan ayahnya bilionaire Elon Musk

Secara Rawak

LOS ANGELES: Elon Musk mempunyai seorang anak transgender atau mak nyah.

Bagaimanapun, anak lelaki secara biologi Elon itu, membuat tuntutan mahkamah Los Angeles mahu memutuskan hubungan kekeluargaan dengan bilionaire itu.

Anak Elon mencapai usia 18 tahun April lalu, memfail tuntutan menggugurkan nama asalnya kerana enggan lagi dikaitkan dengan ayahnya.

Lahir bernama Xavier Musk, kembar kepada Griffin ini mahu menukar namanya kepada Vivian Jenna Wilson.

Nama keluarga Wilson diambil daripada ibunya, Justine Wilson penulis Kanada yang pernah berkahwin dengan Elon pada 2000 hingga 2008.

Vivian atau Xavier mengaku tidak lagi tinggal bersama-sama Elon.

Elon pada 2020 pernah mengaku di Twitter menyokong komuniti transgender.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru