Thursday, June 30, 2022

Amal lapan prinsip perkhidmatan

Secara Rawak

BINTULU: Pemaju Masyarakat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) disaran mengamalkan lapan prinsip perkhidmatan awam dalam menggalas tugas dan tanggungjawab mereka, jelas Adun Tanjong Batu Johnny Pang Leong Meng.

“Lapan prinsip tersebut adalah membudayakan ilmu, kebolehpercayaan, amalan terbaik, semangat patriotik, budaya keberhasilan, kreativiti dan inovasi, nilai tambah dan kompetensi serta pemuafakatan kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Makan Malam 3G Jabatan Kemajuan Masyarakat Bintulu, semalam.

Johnny Pang juga berharap pihak terbabit dapat melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.

“Sempurnakan peranan anda sebagai pemaju masyarakat yang penuh dedikasi, integriti serta mematuhi etika perkhidmatan,” katanya lagi.

Makan Malam 3G menghimpunkan tiga majlis sambutan iaitu Hari Raya Aidilfitri, Hari Guru dan Gawai.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru