Thursday, June 30, 2022

80,000 warga emas S’pura belum ambil booster

Secara Rawak

SINGAPURA: Kira-kira 80,000 warga emas Singapura berumur 60 tahun ke atas belum mengambil suntikan penggalak Covid-19, ketika republik itu

Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung menggesa golongan berkenaan segera mengambil penggalak ketika dijangkakan munculnya gelombang baru jangkitan varian Omicron satu ke dua bulan akan datang.

Menurut Ye Kung di TokTok-nya, kemungkinan warga emas yang mengambil suntikan penggalak menghadapi sakit teruk tiga kali lebih kecil berbanding mereka yang mengambil dua suntikan.

“Mereka yang kekal tidak divaksin berada pada risiko tertinggi, dengan 40 daripada 1,000 mungkin kematian atau kritikal perlukan rawatan rapi,” tulis Ye Kung.

MOH dan Jawatankuasa Pakar Vaksinasi mengkaji keselamatan vaksin Moderna dan Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak enam bulan hingga lima tahun.

Setakat ini AS sudah meluluskan vaksin Covid-19 untuk bayi dan kanak-kanak berusia 4 tahun dengan undian 12-0 menyarankan vaksin Pfizer tiga dos diberikan terhadap golongan tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru