Wednesday, June 29, 2022

Polis trafik bantu sapu jalan raya!

Secara Rawak

Sebuah video menunjukkan seorang polis trafik menyapu jalan untuk membersihkan batu-batu kecil di tengah jalan membuat netizen media sosial tersentuh hati.

Polis tersebut mengambil kesempatan semasa kereta dan motosikal berhenti menunggu lampu isyarat bertukar warna.

Batu-batu tersebut merosakkan tayar kenderaan jika dilalui tanpa berhati-hati, ekoran itu polis tersebut bertindak menyapu batu tersebut ke tepi jalan.

Video itu dikongsi di Twitter oleh Awanish Sharan.

Dalam video itu, lelaki berbaju merah jambu juga dapat dilihat di belakang polis tersebut yang menjaganya dari dilanggar kenderaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru