Sunday, June 26, 2022

Menara telekomunikasi: Sarawak sasar capaian 4G

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak menyasarkan pembangunan semua menara telekomunikasi dilengkapi capaian 4G siap sepenuhnya pada 2023.

Menurut Premier Sarawak, inisiatif itu membabitkan peruntukan RM2 bilion yang dijangka siap secara berperingkat-peringkat.

Kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ia termasuk menara di beberapa kawasan luar bandar seperti Kapit, Belaga dan Telang Usan.

“Semua menara yang dibangunkan  ini akan dilengkapi dengan capaian 4G yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian pada hari terakhir Perhimpunan Agung Ke-15 PBB di BCCK di sini pada Ahad.

Jelas beliau yang juga Presiden PBB, pembinaan semua menara telekomunikasi itu sedang dilaksanakan dalam dua fasa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru