Tuesday, September 27, 2022

Festival Bazar Gawai beri peluang ceburi perniagaan

Secara Rawak

KUCHING: Festival Bazar Gawai memberi peluang kepada peniaga-peniaga khususnya kaum Dayak untuk menceburi bidang perniagaan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, festival bazar yang diadakan selama 10 hari itu membolehkan peniaga-peniaga mengetahui selok-belok perniagaan.

Malah katanya, ia selaras dengan matlamat jawatankuasa penganjur untuk memberi peluang kepada kaum Dayak dalam mengetengahkan produk-produk mereka.

“Ini cara kita mendedahkan mereka kepada perniagaan dan bukan sahaja semasa Hari Gawai tetapi sepanjang masa dan ia menjadi peluang untuk menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Festival Bazar Gawai di pekarangan Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini malam tadi.

Katanya, peniaga-peniaga boleh mengetengahkan produk-produk yang dijual mereka pada Festival Bazar Gawai tersebut.

Beliau berkata, ia juga mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari orang ramai dan akan dianjurkan setiap tahun.

Di samping katanya, peniaga-peniaga dapat mempelajari meningkatkan kualiti produk mereka.

Sebanyak 129 gerai menjual pelbagai makanan dan minuman serta gerai seni dan kraftangan terdapat pada festival tersebut.

Selain jualan makanan, minuman dan kraftangan, turut diadakan persembahan dari artis Dayak popular, persembahan kumpulan kugiran, malam kesenian kaum Iban, Orang Ulu dan Bidayuh dan pertandingan karaoke.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru