Wednesday, June 29, 2022

Bekas teman lelaki sengaja beri alamat bekas teman wanita di aplikasi temu janji

Secara Rawak

HANGZHOU: Lelaki yang menyamar sebagai bekas teman wanitanya di aplikasi temu janji turut berkongsi alamat wanita tersebut secara dalam talian di Internet dengan orang yang tidak dikenali.

Namun, tindakannya merugikan dirinya.

Motifnya berbuat demikian agar bekas teman wanitanya meminta bantuannya apabila dia mendapati dirinya diganggu individu tidak dikenali.

Namun, wanita bernama Li itu menghubungi polis selepas seseorang membunyikan loceng pintu pangsapurinya di Hangzhou, Zhejiang, pada 3 pagi.

Li, juga mengadu menerima panggilan telefon daripada banyak nombor tidak dikenali selama beberapa hari.

Dia mengesyaki bekas teman lelakinya bernama Chen, merupakan dalang semua insiden itu.

Polis juga menemui dan menahan dua lelaki di luar pangsapurinya untuk disoal siasat.

Mereka mendakwa menemui alamat Li daripada aplikasi temu janji.

Li kemudian meminta polis menyiasat bekas teman lelakinya dan Chen akhirnya mengaku membuat profil palsu dengan imej Li dan mendedahkan butiran peribadinya.

Sepanjang 10 hari, saya menghantar jemputan kepada 37 lelaki untuk keluar minum dan membuat temu janji dengan Li.

Matlamat saya ialah agar dia menghubungi saya mendapatkan bantuan apabila dia merasakan dirinya dalam bahaya.

Ekoran itu Chen ditahan kerana “mengeluarkan maklumat secara terbuka untuk memfitnah orang lain,” lapor South China Morning Post.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru