Sunday, September 25, 2022

36.6 peratus kanak-kanak lengkap divaksin

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seramai 1,299,348 atau 36.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW yang dipetik Bernama, sejumlah 1,737,987 atau 49 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,911,081 atau 93.6 peratus telah menerima dua dos vaksin, manakala 3,001,413 atau 96.5 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 16,129,557 atau 68.6 peratus individu dewasa di negara ini pula telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 23,004,677 atau 97.8 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,282,208 atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 6,772 dos harian diberikan semalam meliputi 538 dos pertama, 5,016 dos kedua dan 1,218 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 71,151,473.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,093 kes baharu positif COVID-19 semalam manakala masing-masing satu kes kematian dicatatkan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru