Sunday, September 25, 2022

Tagih dadah, lelaki tempatan ditangkap

Secara Rawak

BINTULU: Seorang lelaki tempatan ditangkap di Jalan Abang Galau Bintulu, di sini, kerana terlibat dalam kegiatan penagihan dadah.

Tangkapan ke atas suspek berumur 31 tahun itu dibuat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Bintulu,pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Batholomew Umpit berkata suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen .15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal polis juga mendapati suspek positif dadah jenis amphetamin dan methamphetamine.

Turut dirampas dadah jenis syabu dengan besar kasar 0.2 gram.

“Jika sabit kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 boleh di dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda RM100,000 manakala jika disabitkan kesalahan di bawah Sek.15(1)ADB 1952 pula, suspek boleh dikenakan denda tidak lebih RM5, 000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan dua tahun,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, di samping mencegah aktiviti jenayah di Daerah Bintulu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah di daerah ini diseru untuk memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304 bagi tindakan lanjut,” tambahnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru