Friday, August 19, 2022

Pasar produk melalui ePreneurs

Secara Rawak

KUCHING: Usahawan kecil dan sederhana (PKS) digalakkan mendaftarkan diri mereka ke dalam platform ePreneurs dalam usaha mengembangkan produk buatan tangan ke pasaran yang lebih meluas.

Jurucakapnya Aina Azizah berkata, platform tersebut merupakan inisiatif di bawah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak terbuka secara percuma kepada masyarakat setempat.

“Platform ini bukan sahaja membantu PKS untuk memasarkan produk mereka di laman web kami.

Kami juga akan mengendalikan pemasaran produk di platform media sosial mereka.

“Selain itu, mereka yang menyertai platform ini juga akan diajar kemahiran untuk memasarkan produk mereka dan banyak lagi,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak semasa Konvesyen PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, kelmarin.

Jelasnya, platform yang ditubuhkan sejak 2019 itu merupakan pusat pemasaran media sosial serupa fungsinya dengan aplikasi Facebook.

“Platform ini pada mukanya hanya terbuka kepada usahawan wanita untuk membantu mereka menceburi bidang keusahawanan tetapi kini kami membukanya untuk pelbagai lapisan masyarakat.

“Di sini, kami memasarkan pelbagai produk termasuk aksesori, kek lapis, selendang dan lain-lain,” ulasnya lanjut.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftarkan diri melalui laman web di www.ewanita.com/epreneurs/home.

Selain ePreneurs, beliau turut menyebut bahawa JWKS juga mempunyai platform eWanita yang lebih kepada talian bantuan untuk wanita.

Ujarnya, platform tersebut lebih fokus kepada kaunseling khususnya kepada para wanita yang memerlukan bantuan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru