Tuesday, September 27, 2022

Lahir bayi di tandas hotel lima bintang, buang di dalam tong sampah

Secara Rawak

MUMBAI: Seorang wanita di lapor melahirkan anaknya di dalam tandas dan kemudian membuang bayi terbabit di dalam tong sampah, lapor HindustanTimes.

Wanita berusia 41 tahun itu mengaku di hadapan polis dia meninggalkan bayi yang baru lahir itu selepas berlaku beberapa pertikaian peribadi dengan suaminya.

Bayi itu ditemui pekerja hotel selepas mendengar dia menangis, 10.30 pagi.

Bayi itu dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Nair.

Doktor memberitahu polis kanak-kanak itu dilahirkan antara 8 hijgga 10 pagi pada hari yang sama.

Setelah memeriksa rakaman CCTV, polis berjaya mengesan suspek pekerja syarikat pengurusan acara yang datang ke hotel untuk memeriksa dewan bagi satu acara yang dijadualkan pada hari berikutnya.

Polis menahan wanita itu bawah seksyen 317 Kanun Keseksaan India dan turut menyoal siasat suaminya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru