Thursday, October 6, 2022

BOLA SEPAK VETERAN PIALA IR AIDEL LARIWOO 2022

Secara Rawak

KUCHING: Dua pasukan veteran terkemuka Sarawak, Armada SV dan Tedong Melancar telah mengesahkan slot untuk bersaing dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran (40 Tahun Ke atas) 2022, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Sadong Jaya, merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur Dan Pelabuhan.

Perkara tersebut disahkan Jurucakap Penganjur kejohanan, Yazid Ahmad Dewan yang menegaskan kedua-dua pasukan antara pasukan yang telah berdaftar setakat ini.

“Kouta 32 pasukan sebagai ketetapan kejohanan sudah penuh.

“Antara pasukan ternama yang turut menyertai adalah Armada SV dan Tedong Melancar,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Yazid, saingan yang akan bermula 2 Julai depan di padang bola sepak Kampung Sekolah Kebangsaan Iboi, Sadong Jaya itu turut disertai pasukan dari Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei dan pasukan dari kawasan lain.

Untuk rekod, Armada SV dan Tedong Melancar adalah finalis pada Kejohanan Bola Sepak Veteran Piala ADUN N.27 Sebuyau 2022 merangkap Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak.

Tambahnya, turut mengesahkan penyertaan ialah Tedung Melancar A, Tedung Melancar B, Sri Muara, Armada SV, Gasaq FC, Ex SPT FC, Tabuan Vet FC, Rajuma Semilang, Kantau Brothers Gedong, VFoss, Patma, WAHYU KPL FC, Taiee Old Boys, Vespan FC, Klasika FC,
SBM FC, Vettam, Yanzan, VET.TAP, Veteran PDRM, MA FC, Hornett Vet FC, Sambir Bistari, BNG FC, Abok FC Gedong, PLK TEV 22, One V United Bau , Dejavu Kch, Canon FC, TUMELA FC, Piranha Jaie dan JBJ Hijrah.

Jelasnya, juara kejohanan akan menerima wang tunai RM2,500 beserta piala dan satu set jersi manakala naib juara akan menerima wang tunai RM1,500 termasuk piala dan satu set jersi.

Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM750 bersama satu set jersi selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Selain itu, hadiah untuk pemain terbaik dan penjaring terbanyak turut disediakan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru