Sunday, June 26, 2022

Tumbuk, tendang, ugut bunuh: Pelakon lelaki popular ditahan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki popular dalam lingkungan 30-an ditahan dan direman selama tiga hari selepas dipercayai membelasah, termasuk membuat ugutan bunuh terhadap seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut, malam Khamis lepas.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Habibi Majinji, seperti dipetik Kosmo, kejadian berlaku pada 8.30 malam ketika mangsa dilaporkan meminta tolong rakannya membeli minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan.

“Rakannya bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium terbabit oleh pengawal keselamatan sebelum memaklumkan perkara itu kepada mangsa,” kata laporan itu lagi.

“Mangsa kemudian turun ke lif lobi kondominium itu sebelum bertanya punca rakannya tidak dibenarkan masuk untuk menghantar minyak masak yang dipesan,” katanya.

Habibi berkata pertengkaran mulut dipercayai berlaku antara mangsa dengan pengawal keselamatan terbabit sebelum suspek tiba-tiba datang lalu menumbuk dan menendang mangsa.

Katanya lagi, mangsa mendakwa suspek menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada, perut dan belakang badan, selain mencekik dan mengugut akan membunuhnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru