Sunday, June 26, 2022

Polis kesan pemandu buli jalanan

Secara Rawak

PADAWAN: Pihak polis sedang mengesan seorang pemandu lelaki berhubung kes buli jalanan yang tular menerusi satu klip video di media sosial.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian yang dirakam oleh mangsa yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi di Jalan Pasar Sungai Maong, Batu Kawa.

“Video berdurasi 30 saat dimuat naik pemilik akaun Facebook Sandy Tan memaparkan seorang pemandu lelaki memberhentikan kereta dan menghalang kenderaan milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ekoran kejadin itu, beliau berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung video tular itu.

Katanya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta untuk menyalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru