Sunday, June 26, 2022

Perhebat program pembangunan sukan papan selaju di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Usaha untuk meningkatkan pembangunan sukan papan selaju di negeri ini terus diperhebat.

Pendekatan kearah itu tidak hanya menerusi penganjuran sesuatu pertandingan malah program pengenalan yang bermula di peringkat akar umbi.

Amat bertepatan penganjuran program ‘Go Skateboarding Day 2022’ yang secara tidak langsung mempopularkan sukan berkenaan.

Di samping menjadi penggerak kearah menyemai minat dalam kalangan generasi muda terhadap sukan lasak itu.

Pegawai Pembangunan Sukan Papan Selaju Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS)/Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Arrolflynn Elvis Slie menegaskan, pihaknya menyambut baik pelaksanaan pelbagai program membabitkan sukan berkenaan.

“Sukan papan selaju ini baru sahaja diiktiraf Kerajaan Sarawak tahun lepas. Perlu lebih proaktif terhadap program pembangunannya di seluruh negeri ini,” ujarnya pada sidang media ringkas selepas menyempurnakan majlis pelepasan peserta terlibat di Tebingan Kuching sebentar tadi.

Program berkenaan dianjur dengan kerjasamaSSC, MSNS Persatuan Sukan Papan Selaju Sarawak (SKA) serta pelbagai pihak lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru