Friday, August 19, 2022

PBB bermain di pentas dunia, bukan lagi parti kampung

Secara Rawak

KUCHING: Kepemimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bukan lagi parti kampung, tetapi telah diiktiraf negara rantau dan dunia yang membolehkannya merancakkan pembangunan menjadi Sarawak maju menjelajng 2030.

Presidennya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, parti itu kini tidak lagi terhad kemampuannya dalam memperjuangkan isu tempatan negeri tetapi memacu potensi baharu yang dapay meningkatkan nama Sarawak di peringkat antarabangsa.

“PBB bukan lagi parti kampung. PBB hari ini mengorak langkah ke hadapan seiring dengan apa yang berlaku di dunia… dunia telah mengiktiraf potensi Sarawak di Malaysia,” katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan PBB kali ke-15 di sini pada Sabtu sambil menambah bahwa itulah sebabnya beliau dijemput oleh negara seperti Belanda untuk mengongsikan pengalaman.

“Bukan hendak meninggi diri, saya sangat rendah diri, tetapi dunia mengiktiraf potensi yang ada di Sarawak dan Malaysia,” jelasnya lagi.

Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, PBB bersama-sama pimpinan tiga parti tempatan lain di Sarawak – SUPP, PRS dan PDP mengambil keputusan meninggalkan Barisan Nasional (BN) selepas PRU-14.

Katanya, tindakan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membolehkan mereka membuat keputusan tanpa terikat dengan konsensus yang perlu diikuti sewaktu masih berada dalam BN.

Menurutnya, ini turut membawa PBB memperjuangkan agenda ‘Sarawak Diutamakan’ dengan lebih berkesan khususnya dalam mendapatkan kembali hak-hak negeri ini di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru