Tuesday, September 27, 2022

Abang Johari: Jangan sombong, bersikap rendah diri

Secara Rawak

KUCHING: Presiden PBB Datuk patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap PBB sentiasa bersiap siaga berdepan dengan PRU-15 bagi memungkinkannya menyapu bersih semua 31 kerusi Parlimen nanti.

Pada waktu yang sama, beliau berharap agar ahli dan pemimpin PBB sentiasa merendah diri dan bersikap sederhana agar disukai rakyat.

“Kalau kita sudah menang 47 kerusi, kita sapu 47 kerusi, dan jangan terlalu sombong dengan kemenangan tapi kerja kuat secara rendah diri,” katanya.

Dalam PRN-12 pada 18 Dis lalu, PBB memenangi 47 daripada 76 kerusi yang dimenangi oleh GPS. Sarawak mempunyai 82 kerusi DUN dengan empat lagi kerusi dimenangi PSB dan DAP hanya menang di dua kerusi.

“Kita menang 76 daripada 82 kerusi menerusi GPS dan rakan kita, jadi saya yakin jika kita bekerjasama, bersatu hati, bersatu tenaga akan dapat menyapu 31 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang,’ katanya.

“Ini kita serah kepada Tuhan yang maha esa tapi kita mesti berusaha,” tegas Abang Johari yang juga Premier Sarawak.

Dalam PRU-14 GPS, ketika itu BN, memenangi 19 daripada 31 kerusi Parlimen.
Parti PBB memenangi 13 kerusi, PRS tiga, PDP dsua dan SUPP satu kerusi.

Beliau berkata, bagi memastikan kemenangan besar dalam pRU nanti, ahli PBB perlu bekerja kuat ke arah tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru