Sunday, June 26, 2022

16 calon menang pertandingan Majlis Kerja Tertinggi Sayap Bumiputera

Secara Rawak

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Azland Abang Hipni meraih undi terbanyak – 867 undi – dalam persaingan merebut 16 jawatan dalam barisan Majlis Kerja Tertinggi PBB bagi sesi 2022 hingga 2025 bagi Sayap Bumiputera.

Mengikuti rapat di belakang Dr Hazlan ialah Mohammad Razi Sitam dengan 860 undi, Datuk Abdullah Saidol (836).

Pengumuman oleh Pengerusi Pemilihan Perhimpunan Agung Ke-15 PBB, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah pagi tadi turut menyaksikan Aidel Lariwoo (830), Fazaruddin Abdul Rahman (824), Shafiee Ahmad (824), Razali Gapor (806), Awla Dris (798), Yusuf Abdul Wahab (789), Datuk Dr Juanda Jaya (7894), Mohamad Duri (779) memasuki senarai.

Mereka yang bukan wakil rakyat bernasib baik dan berjaya dipilih ialah Awangku Jinal Abedin Datuk Pangiran jawa (766), Datuk Haidir Khan Asghar Khan (755), Mohammed Kamaluddin Mohamad Effendie (687), Mohamad Sardon Zainal (615), dan Syed Hamzah Datuk Wan Hamid Edruce (529).

Sebanyak 22 calon bertanding untuk Sayap Bumiputera manakala 14 tempat MT Sayap Pesaka tidak dipertandingkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru