Sunday, June 26, 2022

Sarawak punya potensi besar

Secara Rawak

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dapat berbangga kerana turut diiktiraf dunia.

Presidennya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kejayaan PBB serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang lepas membuktikan parti yang ditunjangi wakil bumiputera ini terus mendapat sokongan padu rakyat yang dahagakan pembangunan.

“PBB telah mengorak langkah ke hadapan, kita seiring dengan dunia. Saya telah berucap di peringkat antarabangsa iaitu di Rotterdam, Belanda.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 PBB di sini hari ini.

“Ini bukan hendak meninggi diri tetapi dunia telah mengiktiraf kita (Sarawak),”katanya.

Abang Johari menjelaskan baru-baru ini beliau telah menerima kunjungan dari negara luar seperti Belgium, Korea Selatan dan Jerman.

“Mereka melihat Sarawak mempunyai potensi yang baik,”katanya.

“Apabila kita melihat potensi Sarawak yang begitu baik, saya cadangkan untuk mewujudkan dana berdaulat seperti Norway,”katanya sambil menjelaskan bahawa dana itu adalah untuk masa depan Sarawak dan generasi masa depan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru