Friday, August 19, 2022

Sambut baik langkah Sarawak guna bahasa Inggeris

Secara Rawak

KUCHING: Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyambut baik saranan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memartabatkan penggunaan bahasa Inggeris selain bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia).

Ini kerana mereka melihat kepentingan bahasa Inggeris untuk bergerak lebih maju ke peringkat global.

Spanski Steven

Spanski Steven (Telang Usan) – Saya menyambut baik tentang penekanan penggunaan bahasa Inggeris seperti yang disarankan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana yakin Sarawak boleh membuat usaha yang lebih baik. Dengan bahasa Inggeris yang fasih kita juga mampu bersaing di peringkat global.

Mohd Nizam Maulana Zaini (Batu Lintang) –
Saya bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Abang Johari kerana kita melihat penggunaan Bahasa Inggeris ini juga penting di peringkat global dan memang perlu digunakan. Walaupun kita juga hendak memartabatkan bahasa sendiri (bahasa Malaysia) tetapi kita juga harus menekankan penggunaan bahasa Inggeris khususnya dalam kalangan anak muda.

Mohd Nizam Maulana Zaini
Azian Hassan

Azian Hassan (Padungan) – Inisiatif penggunaan bahasa Inggeris ini sangat bagus, tetapi ia perlu dilaksanakan secara berperingkat dan perlu dimulakan dari peringkat awal persekolahan. Kerana jika di usia pertengahan yang kurang fasih berbahasa Inggeris ia mungkin sedikit sukar untuk mereka menggunakan bahasa Inggeris khususnya dalam urusan rasmi jadi saya berharap agar ada kursus atau kelas penguasaan bahasa Inggeris dianjurkan oleh kerajaan kepada golongan dewasa selepas ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru