Sunday, June 26, 2022

Rakyat perlu fahami dasar dan strategi pembangunan pasca-Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Rakyat harus memahami dasar dan strategi di bawah Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030 supaya mereka dapat memainkan peranan penting dalam pelaksanaannya, kata Timbalan Presiden PBB.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas berharap melalui Perhimpunan Agung Ke-15 PBB, perwakilan dapat sama-sama menyumbang p[endapat dan idea mengenai strategi dan model pelaksanaan PCDS yang terbaik dan berkesan untuk menjamin kestabilan, kemakmuran dan kegemilangan Sarawak menjelang tahun 2030.

Beliau berkata perhimpunan kali ini amat bermakna. 

“Kita meraikan kemenangan GPS pada PRN-12 apabila GPS memenangi 76 kerusi daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.,” kata Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak.

Sebanyak 47 daripada kerusi berkenaan disumbangkan oleh PBB yang memenanginya 100 peratus.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua calon PBB, selain mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua jentera dan ahli PBB yang telah bekerja keras untuk menentukan kemenangan GPS yang penuh bergaya dan gemilang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru