Sunday, June 26, 2022

Pikat pengundi muda sertai PBB

Secara Rawak

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) disaran supaya mendekati pengundi muda.

Menurut Timbalan Yang Dipertua parti, Datuk Amar Douglas Uggah Embas,

Hal ini kerana 66 peratus daripada pengundi berdaftar terdiri daripada mereka berusia antara 18 hingga 28 tahun.

Jelas beliau, berdasarkan statistik pada Dis 2021, Sarawak mempunyai 1,927,750 pengundi berdaftar, dan daripada jumlah itu 675,077 ialah pengundi baharu.

“Sebanyak 20 peratus terdiri daripada golongan berumur 19 dan 20 tahun manakala 45 peratus berada pada kelompok umur 21 hingga 29 tahun,”katanya.

Justeru, katanya, parti perlu mengambil langkah untuk memikat mereka dan tidak boleh membiarkan mereka dipikat oleh pihak lain terutamanya pembangkang.

“Masa depan mereka bersama kita,” katanya.

Douglas Uggah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Agung ke-15 Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB di sini pada Jumaat.

“Justeru,  kita perlu memastikan golongan ini menyertai PBB,” kata beliau lagi.

“Sekiranya mereka bukan bumiputera, terdapat parti komponen lain di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) atau Progressive Democratic Party (PDP). Yang penting bawa mereka menyertai program kita,”katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru