Sunday, June 26, 2022

PBB tak takut Undi18

Secara Rawak

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) komited untuk memperkasakan kemampuan belia bumiputera di negeri ini, justeru tidak takut dengan Undi18, kata presiden PBB.

Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hal ini adalah kerana PBB dan gPS telah memberi perhatian kepada keperluan dan aspirasi golongan muda.

Dana Berdaulat yang bakal diwujudkan, jelas beliau adalah untuk generasi masa depan dan golongan muda.

Katanya, belia dalam lingkungan umur 18 hingga 28 sangat dialu-alukan menyertai parti itu.

“Kita mahu kumpulan belia kerana PBB menyediakan masa depan untuk mereka, kita tubuhkan dana berdaulat untuk mereka termasuklah yang belum lagi lahir, biar kita bekerja hari ini untuk mereka, sebab itu kita tidak takut dan meletakan keyakinan yang tinggi kerana golongan ini akan bersama kita,”katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tritahunan Ke-15 PBB di sini hari ini.

“Kita tak takut Undi18, justeru kita telah turunkan umur untuk mengundi dari 21 ke 18 tahun. Kita tahu mereka bersama-sama kita kerana kita mempedulikan mereka,” katanya lagi.

Jelas Abang Johari, PBB bersedia untuk menghadapi PRU-15 sambil menjelaskan walaupun menyapu bersih 47 kerusi dalam PRN lalu, parti itu tidak angkuh.

“Kita perlu terus bekerja kuat bersama-saam parti komponen lain untuk menang besar,” tegasnya di hadapan lebih 2,400 perwakilan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru