Sunday, June 26, 2022

PBB menang 47 kerusi kerana rakyat yakin Sarawak lebih terbela

Secara Rawak

KUCHING: Kejayaan PBB memenangi semua 47 kerusi dalam PRN-12 merupakan isyarat jelas daripada rakyat bahawa mereka memberi kepercayaan penuh kepada barisan kepemimpinan parti itu dan GPS untuk mentadbir dan membangunkan Sarawak.

Menurut Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, PBB tidak mendabik dada dengan kemenangan itu.

Dalam PRN pada 18 Dis lalu, GPS yang dianggotai PBB, SUPP, PRS dan PDP memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN Sarawak.

“Saya percaya rakyat telah memberi mandat yang begitu kuat kepada gabungan kepimpinan antara PBB dengan parti komponen GPS yang lain kerana mereka yakin Sarawak akan lebih terbela,” kata Abang Johari yang juga Premier Sarawak.

Abang Johari berkata demikian dalam perutusan buku cenderamata sempena perhimpunan agung ke-15 PBB di BCKK di sini.

“Pembangunan yang dilaksanakannya mampan dengan dasar yang jelas dan berstruktur lagi inklusif serta berpandangan jauh,” jelasnya.

Beliau  amat yakin dengan dasar ekonomi baharu yang memberi penekanan kepada ekonomi hidrogen, pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui dan program nyahkarbon akan meletakkan Sarawak sebagai hub tenaga di rantau ini.

Beliau berkata, dengan barisan kepimpinan yang baharu, PBB akan terus mantap dan kukuh untuk menyumbang kepada kestabilan politik di negeri ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru