Tuesday, August 16, 2022

Banyak isu mengenai Sarawak akan terus diperjuangkan

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perpaduan, kekuatan dan keampuhan yang sedang dibina oleh PBB akan menentukan parti itu masa depan parti itu dan GPS.

Parti berkenaan menjadi penstabil dan kuasa penentu landskap politik nasional, katanya.

“Banyak lagi isu mengenai Sarawak akan terus diperjuangkan sejajar dengan semangat dan aspirasi Perjanjian Malaysia 1963,” katanya dalam perutusan buku cenderamata sempena Perhimpunan Agung Ke-15 PBB di BCCK di sini dari 17 hingga 19 Jun.

“Maka pengisian Perhimpunan Agung ini disarankan bergerak berlandaskan wacana politik yang segar dan produktif melalui sesi pencerahan dan percambahan fikiran .Kita perlu memanfaatkan fakta dan data bagi menangkis propaganda dan ideologi pembangkang,” kata Awang Tengah yang juga Timbalan Premier Sarawak.

Katanya, parti perlu membincangkan bukan sahaja isu perancangan politik semata-mata, tetapi juga peranan parti dan kepimp-nan dalam usaha mengukuhkan ekonomi dan kesejahteraan sosial rakyat.

“Kita perlu mengharungi segala cabaran dengan azam kental, ilmu luas, sikap positif dan budaya politik matang bagi membina bangsa Sarawak yang bersatu padu, makmur dan maju menjelang 2030,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berharap perhimpunan itu dapat meningkatkan dan mengukuhkan lagi perhubungan dalam kalangan ahli parti, selain sebagai wadah untuk membincangkan isu melibatkan kepentingan dan perjuangan parti. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru