Sunday, June 26, 2022

Suapa relevan, pinda perlembagaan Pergerakan Wanita PBB

Secara Rawak

KUCHING: Beberapa Perlembagaan dan Peraturan Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dicadangkan untuk pindaan bagi menjadikannya lebih relevan dengan perjuangan pembangunan semasa.

Menurut Ketua Pergerakan Wanita PBB Datuk Seri Fatimah Abdullah, usaha terbabit bersesuaian dengan cabaran baharu dalam memenuhi keperluan menjadikan pergerakan wanita lebih berdaya saing dengan penyertaan secara menyeluruh.

“Antaranya pindaan bagi Artikel 14 agar tidak kurang daripada lima orang ahli Majlis Tertinggi Induk dilantik bagi ahli Majlis Tertinggi Wanita (MTW) mengikut turutan struktur hieraki,” katanya.

Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) berkata demikian pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Ke-15 2022, Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Fatimah berkata pihaknya juga mahukan lebih ramai wanita muda yang berumur antara 29 hingga 40 tahun, iaitu mereka yang tidak lagi layak untuk bersama-sama Pergerakan Belia PBB untuk menyertai Pergerakan Wanita PBB.

Beliau menambah, selari dengan aspirasi keterangkuman, pihaknya juga menyarankan agar lebih ramai lagi wanita dipilih untuk menjadi calon PBB dalam Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum akan datang.

“Pada waktu ini, hanya empat orang ADUN wanita daripada keseluruhan 82 ahli. Sementara bagi peringkat parlimen, hanya empat wanita Ahli Parlimen berbanding 31 kerusi yang ada,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru