Sunday, June 26, 2022

Sarawak terokai pelbagai peluang di Singapura

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang menerokai pelbagai peluang untuk menjalin kerjasama dengan Kerajaan Singapura termasuk sektor yang berpontesi. Antara sektor berpotensi termasuk tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, penangkapan dan penyimpanan karbon, karbon kredit, ekonomi digital dan pusat data, pelabuhan serta pertanian.

Usaha tersebut terbukti dengan kunjungan hormat delegasi Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MITI) Singapura terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bertempat di Wisma Bapa Malaysia, di sini, pada Rabu.

Malah kementerian terbabit turut menyatakan minat untuk meneroka peluang pelaburan dalam keselamatan makanan, penyimpanan tangkapan karbon, tenaga, pusat data, hidrogen dan ammonia.

Seramai 37 individu dari negara jiran menghadiri delegasi Misi Perdagangan Singapura 2022 tersebut yang diketuai Setiausaha Tetap (Pembangunan) MITI Lee Chuan Teck.

Delegasi melibatkan kedua-dua sektor awam dan swasta dari Singapuri seperti Temasek, Sembcorp, Ensign dan PSA International turut menyertai kunjungan hormat tersebut Menurut kenyataan media, objektif kunjungan itu adalah bagi meneroka peluang untuk Singapura bekerjasama dengan Sarawak termasuk pemadanan perniagaan dan rangkaian dengan syarikat di negeri ini yang terlibat dalam sektor berpotensi.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel dan pegawai yang lain. Turut hadir Pengarah Urusan Enterprise Singapore Jeffrey Siow, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Temasek International dan Naib Presiden Lembaga Pelabuhan Singapura (PSA) Lee Peng Gee. Dalam pada itu, delegasi tersebut turut diberikan taklimat mengenai Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru