Sunday, June 26, 2022

Pinda Artikel 23, rapatkan jurang gender

Secara Rawak

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mencadangkan pindaan dan penambahbaikan Artikel 23 Perlembagaan parti bagi mencerminkan peranan mereka.

Ketua Pergerakan Wanita PBB Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pindaan tersebut harus merangkumi peranan mereka dalam bidang politik, kepimpinan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, digital, budaya dan sosial.

Menurutnya, usaha terbabit juga bagi merapatkan jurang kesaksamaan yang besar dalam domain penguasaan politik dan peluang penyertaan bidang ekonomi antara wanita dan lelaki.

“Dalam domain penguasaan politik sekitar skor 0.120, peluang dan penyertaan ekonomi merekodkan skor 0.714, manakala domain kesihatan dan kehidupan merekodkan skor 0.947,” katanya.

Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) berkata demikian pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Ke-15 2022, Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

“Sehubungan itu, kami menggesa Kerajaan Sarawak mengambil langkah konkrit untuk merapatkan jurang tersebut.

“Usaha ini penting bagi memastikan wanita terlibat secara aktif dan dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri ini,” tegasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru