Sunday, June 26, 2022

Pemandu kemalangan kendiri cedera di kaki

Secara Rawak

BINTULU : Seorang lelaki mengalami kecederaan di kaki selepas terlibat dalam kemalangan kendiri berhadapan bangunan Ibraco, di Jalan Tun Ahmad Zaidi, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 5.13 pagi tadi.

Katanya, dilaporkan seorang lelaki berusia 25 tahun masih tersepit di dalam kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) tersebut.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah MPV dan terdapat seorang mangsa masih tersepit di bahagian kakinya di dalam kenderaan tersebut.

“Pasukan bomba bertindak menggunakan rescue tool mengeluarkan mangsa terbabit,” katanya.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu kemudian beredar dari lokasi kejadian selepas selesai tugas-tugas menyelamat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru