Sunday, June 26, 2022

Belia beli motosikal: Kerajaan Sarawak diminta sedia bantuan kewangan 

Secara Rawak

KUCHING: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mencadangkan Kerajaan Sarawak menyediakan bantuan kewangan untuk belia mendapatkan motosikal atau lesen memandu.

Ketua Pemuda PBB Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, ia bagi membantu mereka berkecimpung dalam industri penghantaran makanan atau barangan seperti Grab food dan Foodpanda.

Daripada data yang diperoleh, katanya lebih kurang 40,000 individu yang mendaftar untuk terlibat dalam penghantaran makanan dan barangan setiap tahun.

“Jadi, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan GPS menyediakan sedikit bantuan kewangan… mungkin RM300 setiap individu untuk anak-anak kita yang menyambut ulang tahun ke-17, dalam membantu mereka mendapatkan motosikal atau lesen memandu,” katanya.

Rentap yang juga Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan  berkata demikian pada perasmian konvensyen Pemuda dan Wanita pada Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) PBB ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Beliau turut menasihati golongan belia supaya terus bekerja keras dan bekerja secara bijak dalam era digital, jika tidak, teknologi seperti mesin atau robot serta pekerja asing akan mengambil alih pekerjaan dan peluang penduduk tempatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru