Sunday, June 26, 2022

19,681 calon SPM tak hadir peperiksaan

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 10,681 orang calon berdaftar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) direkodkan tidak hadir bagi menduduki peperiksaan SPM, tahun lalu.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LP KPM) dalam satu kenyataan mengesahkan, jumlah tersebut merangkumi calon di semua jenis sekolah dan calon persendirian.

“Seramai 9,037 (2.3 peratus) adalah terdiri daripada calon sekolah KPM, calon sekolah agensi kerajaan, calon sekolah menengah agama negeri, calon sekolah swasta dan calon sekolah menengah rakyat.

“Manakala seramai 1,644 orang atau 0.42 peratus adalah calon persendirian,” kata kenyataan itu.

Sementara itu katanya, seramai 382,156 orang atau 97.28 peratus calon sekolah dan calon persendirian telah hadir menduduki peperiksaan tersebut.

Menurutnya, jumlah calon berdaftar bagi SPM 2021 adalah seramai 407,097 seperti pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021.

Daripada jumlah tersebut katanya, 392,827 calon adalah mereka yang mendaftar kali pertama dan mendaftar sekurang-kurangnya enam mata

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru