Wednesday, June 29, 2022

Lelaki terhantar foto anjing bersama resume mohon kerja

Secara Rawak

Pengguna Twitter menceritakan kisahnya tersilap menghantar foto anjing dan bukan foto dirinya sendiri semasa menghantar borang permohonan kerja.

Menerusi ciapannya di Twitter, David Bryon Queen turut berkongsi imej resumenya.

Menurutnya, dia mengirim e-mel ringkas mengucapkan terima kasih kepada majikan kerana mempertimbangkannya untuk pekerjaan tersebut.

“Menghargai anda mengingati saya! Saya telah melampirkan resume saya sekiranya anda ingin menyimpannya di dalam fail,” tulis David.

Rupa-rupanya David bukan melampirkan CV, sebaliknya dia telah terhantar gambar seekor anjing yang berpakaian kemas ala Steve Jobs.

Imej itu juga termasuk tarikh lahir dan kematian pengasas Apple.

Dalam ciapannya, David secara berseloroh mengingatkan pengguna Twitter: “Berhati-hati dengan yang anda simpan dalam folder ‘pekerjaan’ anda.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru