Tuesday, August 16, 2022

Tingkatkan integriti, banteras rasuah

Secara Rawak

KUCHING: Pelaksanaan Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi (OACP) terhadap sesebuah organisasi merupakan satu inisiatif strategik untuk mengukuhkan integriti dalam bekerja.

Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata pelaksanaan tersebut juga menunjukkan keseriusan komitmen untuk melawan rasuah.

“Kerajaan aktif mempromosikan integriti dalam kalangan kakitangan awam semenjak tiga tahun yang lalu.

“Ia diyakini dapat membantu mengurangkan kes penyelewengan dana awam, penyalahgunaan sumber dan mengurangkan aduan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Hari Integriti Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Hotel Waterfront, di sini, hari ini.

Beliau merangkap Menteri Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah ia adalah langkah yang betul untuk memerangi isu rasuah, sekali gus dapat meningkatkan imej sesebuah organisasi.

Sementara, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Antonio Kahti Galis menyarankan agar agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menambah baik saluran aduan supaya boleh diakses oleh setiap kakitangan dan pihak lain.

“Ia bagi memudahkan untuk melaporkan sebarang perbuatan rasuah dengan penuh yakin dan tanpa sebarang risiko tekanan atau diselubungi ketakutan,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru