Sunday, June 26, 2022

Sorakan penonton bakar semangat pemain, bukan punca kekalahan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Kekalahan tipis Harimau Malaya kepada Bahrain tempoh hari tiada kaitan dengan sorakan penyokong Malaysia, kata Presiden UMNO.

Sebaliknya, menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beliau percaya sorakan gemuruh rakyat Malaysia selaku pemain ke-12 yang membakar semangat pemain-pemain.

“Bukan menyebabkan pemain hilang fokus lalu terlepas jaringan gol. Bukan kali pertama pemain negara beraksi di hadapan penyokong.

“Belum pernah pemain bolasepak negara kita bermain di padang tertutup tanpa penyokong kecuali ketika latihan.

“Nasib baik bukan dia yang jadi jurulatih atau pemain. Mungkin bunyi makan kuaci pun disalahkan kerana mengganggu konsentrasi,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya.

Justeru, beliau mengajak penyokong Harimau Malaya mengabaikan saja teori ke laut itu.

“Teruskan semangat menyokong demi negara. Semoga pasukan bolasepak negara kita berjaya wahai Harimau Malaya. Doa kami mengiringi perjuanganmu,” katanya lagi.

Malaysia menewaskan Bangladesh pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 malam tadi dengan jaringan 4-1.

Dengan kemenangan itu,  Malaysia menamatkan penantian lebih empat dekad untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2023. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru