Sunday, June 26, 2022

Marah disaman polis, pekerja kabel elektrik potong bekalan elektrik balai polis

Secara Rawak

BAREILLY: Sebagai membalas tindakan polis menyamannya, pekerja kabel elektrik memutuskan bekalan elektrik sebuah balai polis di India baru-baru ini.

Bhagwan Swarup memutuskan bekalan elektrik Balai polis Hardaspur di Bareilly untuk membalas dendam inspektor yang mendendanya kerana kesalahan trafik.

Menurut laporan, pegawai polis, Modi Singh dalam pemanduan memeriksa kenderaan apabila dia memberhentikan Bhagwan Swarup dan memintanya menunjukkan maklumat peribadinya.

Swarup berkata, bahawa dia tidak membawanya, namun memberitahu dia boleh pulang rumah mengambilnya.

Inspektor tersebut bagaimanapun tidak mengendahkan permintaannya dan mendendanya RM28 (Rs500).

Swarup menjadi berang selepas disaman dan menghubungi rakan sekerjanya di jabatan elektrik meminta mereka memutuskan bekalan eletrik balai polis tersebut.

Ekoran itu, kaki tangan balai polis Hardaspur terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu.

Dalam pada itu, pegawai tinggi polis mengarahkan siasatan segera atas kejadian terbabit, lapor Arynews.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru