Sunday, June 26, 2022

Lelaki warga India hilang tujuh tahun, rupanya kahwin wanita tempatan

Secara Rawak

SIBU: Seorang lelaki warga India  berusia 27 tahun yang dikategorikan sebagai orang hilang oleh Kedutaan India di Kuala Lumpur sejak 2015 ditemui selamat di bandar ini, malah dilaporkan telah berbini wanita tempatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, lelaki berkenaan, Sushil Singh dikesan pada Ahad lepas.

Katanya, polis telah dihubungi oleh seorang pemberi maklumat yang memaklumkan lokasi lelaki itu berada.

“Dia sebenarnya telah berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan bekerja sebagai buruh,”katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya lagi, sepasukan anggota daripada Balai Polis Sibujaya yang menjalankan siasatan di tempat lelaki itu dipercayai menetap mendapati lelaki itu merupakan individu yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu juga telah memaklumkan kepada kedutaan negara berkenaan berkaitan perkembangan lelaki berkenaan.

Sebelum ini polis mendapat petunjuk mengenai kehilangan lelaki itu apabila kedudukan terakhirnya dikesan ketika berada di Lapangan Terbang Sibu pada 3 Jun 2015.

Susulan itu, pihak polis  telah melakukan pelbagai usaha untuk menjejaki lelaki berkenaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru