Sunday, June 26, 2022

Gajah bunuh wanita tua, sekali lagi pijak mendiang pada majlis pengebumian

Secara Rawak

ODISHA: Pada Khamis lalu, penduduk kampung di Odisha dikejutkan dengan insiden kematian wanita berusia 70 tahun yang dibunuh oleh seekor gajah.

Mangsa, Maya Murmu, 70, mengambil air di sebuah telaga berdekatan rumahnya di kampung Raipal apabila gajah itu tiba-tiba muncul dan menyerangnya.

Mendiang dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia akibat kecederaan teruk dialaminya.

Selang beberapa hari pada majlis pengebumian Maya, gajah yang sama tiba-tiba muncul semula dan kali ini ia mengangkat mayat mangsa dan memijaknya pula.

Anggota keluarga mendiang hanya mampu melihat insiden itu tanpa dapat melakukan apa-apa, lapor Yahoocom.

Mereka bagaimanapun meneruskan acara pengebumian selepas gajah tersebut berlalu pergi.

Pihak berkuasa tempatan berkata haiwan itu sesat dan terlepas keluar dari kawasan perlindungan hidupan liar Dalma.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru