Tuesday, August 16, 2022

Dua beranak di Debak berdepan detik cemas

Secara Rawak

DEBAK: Dua beranak berhadapan detik cemas apabila kediaman mereka terbakar di bahagian bilik tidur dekat Kampung Bungey, hari ini.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, si ibu dan anaknya yang OKU itu bagaimanapun terselamat selepas api berjaya dipadamkan oleh jiran.

“Insiden kebakaran kira-kira 8.30 pagi itu dipercayai berpunca akibat litar pintas (wayar sambungan) di bilik tidur,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu BBP Betong dimaklumkan tentang insiden sekitar 10.30 pagi oleh pemilik kediaman.

Ekoran insiden tersebut, BBP Betong menasihatkan orang ramai agar berhati-hati menggunakan wayar sambungan di rumah masing-masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru