Sunday, June 26, 2022

Sarawak perlukan RM64 bilion untuk jadi negeri maju

Secara Rawak

KUCHING:  Sarawak perlu menyuntik sebanyak RM64 bilion ke dalam ekonomi negeri bagi menjana pertumbuhan antara enam hingga  lapan peratus Keluaran Dalam Negara Kasar  (KDNK) menjelang tahun 2020.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ini bukan tugas mudah.

“Ini bukan tugas mudah. Tetapi Alhamdulillah setakat ini purata belanjawan kita ialah RM10 bilion setahun,” jelasnya.

“Jika kita perlukan RM64 bilion hingga RM65 bilion,  berdasarkan bajet RM10 setahun, hal ini bermakna, ia hanya mengambil masa enam tahun,” katanya.

Lagipun, kata Abang Johari, sektor swasta turut menyumbang  terhadap pertumbuhan KDNK, jadi Sarawak mungkin dapat mencapai pertumbuhan enam hingga lapan peratus menjelang 2030.

“Apabila pertumbuhan ini dicapai, kita akan dapat meningkatkan tahap ekonomi dan pendapatan isi rumah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam ucapan tahniah bersempena pelancaran “Sarawak Energy’s Ten Year Integrated Tree Planting, Protection and Habitat Restoration Programme at Samajaya Nature Reserve pada Isnin.

Abang Johari  menyatakan jika Sarawak  terus menjana lebih banyak pendapatan, infrastruktur strategik ekonomi negeri sudah pasti akan bertambah baik.

“Dengan itu,  Sarawak akan dapat muncul sebagai negeri maju di Malaysia menjelang 2030,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru