Friday, August 19, 2022

Motosikal bertembung Hilux: Dua pelajar cedera

Secara Rawak

SARIKEI: Dua pelajar tingkatan lima yang berdepan detik cemas apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda Toyota Hilux di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.00 petang mengakibatkan mangsa yang masing-masing berusia 17 tahun itu mengalami kecederaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt. (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 petang.

“Kedua -dua mangsa masih berada di lokasi sebelum dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, punca sebenar masih dalam siasatan namun difahamkan berlaku ketika salah satu kenderaan itu cuba masuk ke simpang yang berhampiran.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru