Sunday, June 26, 2022

Remaja curi tumpang duduk bawah enjin kereta api sejauh 190km

Secara Rawak

BIHAR: Remaja menumpang kereta api secara percuma sejauh 190km dengan duduk di bawah enjin kereta api Ekspres Sarnath Budh Purnima di Bihar.

Remaja tersebut diselamatkan pekerja stesen terbabit.

Namun identitinya gagal dikenal pasti selepas dia melarikan diri sebelum disoal siasat, kata pegawai.

Kehadirannya di bawah enjin itu disedari pemandu kereta api tersebut sekitar 4 pagi sebaik sahaja mereka berhenti di stesen kereta api Gaya.

Dalam kenyataan kepada Pasukan Perlindungan Kereta Api, pemandu itu memberitahu dia mendengar suara manusia menjerit dari suatu tempat di bawah dan segera turun memeriksanya.

Dia terkejut melihat seseorang di ruang sempit tersebut, lapor DNA.

“Saya terus memanggil anggota Pasukan Perlindungan Kereta api untuk mengeluarkannya.

“Pemuda itu kelihatan tidak stabil dari segi mental.

“Kesihatannya merosot akibat haba melampau yang dijana daripada enjin kereta api.

“Ketika kakitangan RPF membawanya keluar, dia meminta air,” kata pemandu itu lagi.

Pegawai kereta api bagaimanapun gagal mencari identiti pemuda itu kerana dia berjaya melarikan diri dari tempat kejadian sejurus selepas diselamatkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru