Wednesday, June 29, 2022

Lelaki kahwini kambing dikecam

Secara Rawak

KLAMPOK: Tindakan lelaki yang sanggup berkahwin dengan kambing betina dengan harapan videonya menjadi tular di media sosial menerima kecaman pelbagai pihak.

Lelaki tersebut mengaku perbuatannya selepas tindakannya berkahwin dengan haiwan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai.

Lelaki bernama Saiful Arif, 44, itu berkahwin dengan kambing betina bernama Sri Rahayu bin Bejo di kampung Klampok, Indonesia pada 5 Jun lalu.

Video majlis akad nikah itu tular di media sosial dan turut disiarkan semula oleh SuryaTV.

Dalam video tersebut, pengantin perempuan dilihat bersarung selendang. Sekumpulan penduduk tempatan yang memakai pakaian tradisional Jawa turut menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Saiful di katakan melafazkan ‘akad nikah’ yang menyebut mahar 22,000 rupiah (RM6.62).

Selepas videonya menerima kecaman luar biasa, Saiful terpaksa tampil mengakui bahawa video itu dihasilkan semata-mata untuk “tujuan kandungan”.

Dia berkata ia cuma “lakonan semata-mata dan dihasilkan untuk kandungan media sosial dengan tujuan menjadikannya tular.”

Tambahnya, video itu tidak berniat menyinggung perasaan sesiapa dan dicipta semata-mata untuk menghiburkan orang ramai.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru