Sebuah video menunjukkan gelagat seekor gorila yang marah selepas terjatuh dari basikalnya menyebabkan netizen ketawa.
Video tersebut dikongsi oleh Doktor Samrat Gowda dari Perkhidmatan Perhutanan India di Twitternya.
Klip video berdurasi 9 saat itu menyaksikan gorila itu mengayuh basikal, tiba-tiba ia jatuh selepas gagal mengawal basikal tersebut.
Gara-gara marah kerana terjatuh ia mengangkat basikal itu dan membalingnya.
Stupid cycle 😡!!!……….😃 pic.twitter.com/hGXZBEGSL7
— Dr.Samrat Gowda IFS (@IfsSamrat) June 8, 2022