Tuesday, August 16, 2022

Pusat Psikologi tangani masalah kesihatan mental bakal ditubuhkan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sebuah pusat psikologi dirancang diwujudkan di negeri ini setelah keperluannya diteliti, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejateraan Komuniti.

Menurut Datuk Sri Fatimah Abdullah, pihaknya kini sedang mengenal pasti golongan profesional untuk membantu merealisasikan hasrat berkenaan dalam usaha untuk menangani isu kesihatan mental masyaraklat di negeri ini.

Katanya pusat itu akan dilaksanakan dalam waktu yang terdekat setelah aspek berkaitan lokasi, struktur dan sebagainya diteliti.

Katanya lagi, pihaknya akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan yang ditawarkan nanti.

“Pusat itu nanti akan menjadi tempat rujukan kepada kaunselor lain dan tempat untuk masyarakat mendapatkan bantuan,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Sarawak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini pada Sabtu.

Fatimah berkata, tujuan penubuhan pusat berkenaan adalah kerana kerajaan negeri prihatin terhadap keperluan masyarakat mendapatkan perkhidmatan sewajarnya untuk kesejahteraan hidup mereka.

Katanya, sekumpulan pakar terdiri daripada kaunselor dan pakar psikiatari dijangka akan dihimpunkan untuk menyokong inisiatif berkenaan.

“Kerajaan negeri bersetuju bahawa perkhidmatan kaunseling dalam komuniti sangat penting untuk menangani isu kesihatan mental termasuklah yang teruk, kita mahu mengelak berlakunya kes bunuh diri dalam komuniti,”katanya.

Jelasnya lagi, jika masalah mental tidak ditangani dengan baik, mangsa cenderung unjtuk membunuh diri.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru