Sunday, June 26, 2022

PM bangga semangat juang Harimau Malaya

Secara Rawak

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan para pemain Harimau Malaya pada perlawanan menentang Bahrain malam tadi.

Beliau berkata kalah menang itu adat pertandingan dan skuad kendalian Kim Pan Gon perlu terus berjuang untuk perlawanan seterusnya.

“Buat para pemain, ini bukan pengakhiran tetapi peluang untuk kita buat lebih baik selepas ini. Ayuh bangkit!” katanya melalui catatan di Facebook.

Skuad kebangsaan tewas tipis kepada Bahrain 1-2 pada aksi kedua Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini

Kekalahan di tangan pasukan ranking ke-89 dunia itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain yang mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan.

Hanya lima naib juara terbaik akan beroleh slot automatik ke saingan Piala Asia tahun depan.

Malaysia yang memperaga aksi lebih garang pada babak pertama ketika Bahrain bergelut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru